Istiadat penganugerahan, lencana dan sijil Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia)

Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja

Mereka juga akan dijemput ke Istana Diraja negeri masing-masing (contohnya di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah[petikan diperlukan] bagi negeri Kedah atau Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu[3] bagi negeri Terengganu) atau dewan yang ditempah khas (contohnya Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor[4] bagi negeri Selangor atau Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak[5] bagi negeri Perak) untuk dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang berprestij oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri di negeri tersebut.

Lencana Pengakap Raja

Setelah seseorang calon dilayakkan untuk menerima Anugerah Pengakap Raja, calon akan memperoleh Lencana Pengakap Raja yang berwarna kuning, biru dan hijau[petikan diperlukan] dan akan dipakai di lengan kiri calon. Lencana ini hanya boleh dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sahaja dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya atau disalahgunakan oleh pihak lain.

Sijil Diraja Pengakap Raja

Sijil Diraja Pengakap Raja, atau dikenali juga sebagai Sijil Pengakap Raja, telah dikeluarkan oleh PPM dan diwakili oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebagai Penaung PPM. Sijil ini unik kerana mempunyai 10 tandatangan, didahului oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang dan 9 Sultan di negeri-negeri beraja.[petikan diperlukan] Setakat ini, tidak ada sijil lain yang boleh menyamai atau menandingi Sijil Pengakap Raja. Sekiranya di negeri yang tidak mempunyai Sultan (Pulau Pinang, Melaka, Serawak dan Sabah), tandatangan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong akan diletakkan terlebih dahulu.

Lencana Association of Top Achiever Scouts (ATAS)

Selain itu, calon yang mendapat Anugerah Pengakap Raja layak untuk memohon dan memakai lencana Association of Top Achiever Scouts (ATAS) yang berwarna ungu dan putih.[6] Lencana ini dipakai di lengan kiri calon dan di bawah Lencana Pengakap Raja.

Di Malaysia, untuk melayakkan diri memakai lencana ATAS, seseorang calon hendaklah menerima salah satu anugerah ini, sama ada:

(1) Anugerah Pengakap Raja[petikan diperlukan] (untuk peringkat Pengakap Remaja) ataupun;

(2) Anugerah Baden-Powell[7] (untuk peringkat Pengakap Kelana).

Rujukan

WikiPedia: Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia) //scholar.google.com/scholar?q=%22Pengakap+Raja%22... //www.google.com/search?&q=%22Pengakap+Raja%22+Per... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Penga... //www.google.com/search?q=%22Pengakap+Raja%22+Pers... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Pengakap+Ra... http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/portal/index... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://scouts.com.au/blog/2020/07/15/association-... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://scout41panindah.webs.com/kearahpengakapdir...